Sebenarnya takde niat pun aku nak update blog malam ini. Biasalah aku tarak idea nak tulis apa sebenarnya since cuti ni aktiviti aku hanya makan + tidur je. ngeeeeeee ^^ tapi tadi lepas tengok cerita cerekarama TV3 *for sure ramai yang tengok* aku tergerak hati nak tulis entry jugak.
So, selaras dengan tajuk cerekarama TV3 tu "AL-IKHLAS" so tajuk post untuk kali ni pun al - ikhlas. AL-Ikhlas merupakan salah satu surah yang terkandung dalam AL-QURAN. mungkin ada diantara kita yg tertanya tanya apa sebenarnya keistimewaan disebalik Surah Al-Ikhlas ini yg hanya mengandungi 4 ayat.
SURAH AL-IKHLAS
Maksudnya:
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
[Al-Ikhlaas: 1-4]
Rasulullah saw pernah berkata kepada para sahabat:
“Adakah kalian tidak sanggup membaca 1/3 al-Quran dalam satu malam?” lalu para sahabat bertanya: Bagaimana dapat membaca al-Quran sebanyak 1/3 al-Quran (dalam satu malam)?” lantas Rasulullah berkata: “Qulhu wallahu Ahaad” menyamai 1/3 al-Quran”.
"Dalam dunia ini kita hendaklah berkiblatkan akal fikiran bukannya hawa nafsu!"
No comments:
Post a Comment