My photo
Everything I'm not,made me who I am.I'm wearing kaca mata to see LIFE. I'm also a daughter and a student.being a twenty is not easy as you think!this is my blog so it follows my rules! sila pakai kaca mata hitam anda bila lawat ini blog ;D sekiranya anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan dan jalan cerita yg terkandung dalam blog ini sila tekan kotak X yg berwarna merah disebelah atas kanan anda. dan jika ada mahu jadi FOLLOWER saya sila scroll sampai bawah ye.ini bukan ugutan tapi amaran! segala kerjasama adalah amat dihargai ;D

Monday, January 30, 2012

245.sometimes less is better.

Assalamualaikum.

Begitulah awan nanoooo nanoooo nanoooooo *nyanyi sambil berlari anak tiru gaya JOZAN*..Okay sudah pasti tadi tepat pukul 9.00 malam waktu Malaysia semua dok tonton TV3 kan kan kan? patutlah jalan raya kat depan rumah aku ni senyap je..dah semua dok pakat tengok Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26) kan. hehe cakap je orang aku pun sama lah.

Of course lah aku tengok, bukan senang nak dapat kesempatan untuk tengok TV kot. Di tambah lagi lagu lagu yg bertanding kali ni memang mantopss mantops belaka sampai tak leh predict siapa pemenangnya... Ececeh ayat merapu je aku ni kan.

Tanpa toleh kiri dan kanan. Tanpa aku mengunyah makanan aku pun tonton lah AJL 26 dengan penuh keghairahannya ^^ pergh lepas tonton semua persembahan aku pun seakan akan blur nak pilih siapa pemenangnya. ceyh macam aku lah pulak jurinya. hehe

Anyway congrats kepada pemenangnya terutama HAFIZ dengan lagunya AWAN NANO. memang tidak boleh dipetikaikan kemenangannya sebagai JUARA LAGU ke-26 + persembahan VOKAL TERBAIK. I think he deserved it. memang suara dia memukau dan yg aku paling suka kalau HAFIZ menyanyi sebab sebutan setiap patah lirik memang jeles dan mudah kita faham dicampur dengan gaya persembahan yang menusuk kalbu. ngeeeee jiwang lapulak aku nih. Tapi yang kelakarnya tadi mam boleh tanya aku, mana part lagu ni yang "nanoooo nanoooo nanoooooo" tu? mama dok tunggu part tu takde pun. Aku pun dengan muka berkerut seribu tengok mama pastu ketawa.. HAHAHA mama you should know yg part tu hanya JOZAN je yang buat. kihkihkih mama pun dengan muka selamber jawab balik "lah ye ke? HAHA".

Semua pun hebat hebat belaka. Aku ingat lagu YUNA dengan ANUAR ZAIN boleh la menang tapi nampaknya dorang takde rezki untuk kali ni.takpe try next time ye kawan kawan.

So, before I end up this entry lets take a look for some video:



AWAN NANO by HAFIZ
superb + awesome!



KISAH HATI by ALYAH
aku tak tahu kenapa tapi suka persembahan ALYAH ni.
*auwwww abang REMY sangat hot lah!*


Tapi sebenarnya aku suka part yang HAZAMA, BLACK dengan LAN TYPE WRITER tu nyanyi medley lagu SUDIRMAN.memang syok sangat dengar dorang nyanyi!

sometimes LESS is BETTER!
nanooo nannnooooooo

No comments: