My photo
Everything I'm not,made me who I am.I'm wearing kaca mata to see LIFE. I'm also a daughter and a student.being a twenty is not easy as you think!this is my blog so it follows my rules! sila pakai kaca mata hitam anda bila lawat ini blog ;D sekiranya anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan dan jalan cerita yg terkandung dalam blog ini sila tekan kotak X yg berwarna merah disebelah atas kanan anda. dan jika ada mahu jadi FOLLOWER saya sila scroll sampai bawah ye.ini bukan ugutan tapi amaran! segala kerjasama adalah amat dihargai ;D

Friday, August 12, 2011

223. oh lazatnya burung ini!

Assalamualaikum semua!


TAJUK MEMANG KONTROVERSI GILA!

tergugat iman aku tatkala berjalan jalan di bazar ramadhan tadi ternampak BURUNG PUYUH GORENG BEREMPAH ni. terus mulut aku ringan cakap dengan mama yang aku nak makan NASI KUKUS + BURUNG PUYUH tu. perghhh memang meleleh air liur ni tengok makanan tu.dalam hati sabar sabar tahan dan kawal nafsu tu kan puasa ni. dengan keterujaan yang memuncak muncak, ku paksa kan hati ni untuk bersabar menunggu waktu berbuka puasa. sekian sahaja cerita saya!

ada tak korang rasa nak sepak sepak je kan aku ni. okay jangan terpedaya aku cuma BERDRAMA je tu.biasalah bulan ramadhan ni kan iman sentiasa tergugat bila tengok makanan yang dijual di bazar ramadhan. iye kan? tapi entahla aku rasa bazar ramadan kat kluang ni langsung tak membuat nafsu aku melonjak lonjak untuk membeli.

tengok makanan pun macam tak sedap je.dah la tak sedap HARGA pun tersangatlah melampau wei. memang tak masuk akal harganya.macam tak berbaloi je nak beli.teringin lah jugak hati ni nak mencuba juadah juadah yang nampak macam lain dari yang lain. tapi bila usha harga okay sumpah terbatal niat aku nak membeli.lupakanlah sahaja niat itu.

nak dibuat kan cerita ada satu hari ni mak aku beli kuih kat satu kedai ni.nampak je macam sedap tapi bila makan waktu berbuka astgha mengucap je lah. kelapa yang menyaluti kuih tu boleh basi? haish dah la kuih nya takde rasa apa. macam ni ke orang zaman sekarang berniaga? geleng kepala aku. tak usah la macam tu. kalau nak berniaga biarlah ikhlas. tak ke padah bila orang yang membeli tu tidak menghalalkan apa yang kita jual? tak perlu lah nak fikirkan keuntungan tu sangat. bukan keberkatan itu lagi penting dari keuntungan? kalau banyak pun keuntungan tapi tanpa berkat adakah berbaloi? tu korang boleh fikir lah sendiri.

Dua tiga hari lepas pun ada keluar dalam METRO HARIAN yag sekeluarga sakit perut cirit birit selepas menikmati juadah berbuka puasa OTAK OTAK dan ABC yang dibeli di BAZAR RAMADAN berdekatan rumah mereka. apa yang menakutkan ianya melibatkan kematian anak si mangsa. takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Sedikit pesanan untuk anda, berhati hati lah dalam memilih juadah untuk berbuka puasa. Kadang kadang apa yang kita lihat itu tidak seindah yang kita sangka. Dan bersederhanalah dalam membeli juadah di bulan ramadan ini. Jangan membazir ye kerana membazir itu amalan SYAITAN. renung renungkan dan selamat beramal! :D

I miss the time bila berbuka di KUANTAN,
best dapat berbuka di PADANG MPK2 tu.


4 comments:

Anonymous said...

uishh..pic burung puyuh bagai..shedap3

rasa mao plak..huhu

http://appleijau90.blogspot.com/

japillala said...

memang sedap bila diratah burung puyuh tu. heeeeee

miZz_nizZ said...

mhal gile?bape tu.pose ni xsmpt mrse lg bnde ni..burung ni.hehe

Hans Hanis said...

lam xmakan burung puyuh
yups
jgn membazir bila ke bazaar ramadhan
:-)