Tanggal 28 JULAI 2011, merupakan hari yang dinanti nanti kan oleh para penyokong HARIMAU MALAYA kita. yeah malam tadi berlakunya perlawanan antara the BLUE TIGER menentang the RED LIAR opppsssss sori terlepas lah pulak kan! aku pasti ramai yang kecewa dengan keputusan perlawanan tadi kan? apa boleh buat adat permainan ada yang KALAH dan ada yang menang. mungkin itu bukan rezeki buat negara kita untuk melangkah ke peringkat yang lebih lanjut lagi. xpe kita belajar dari kesalahan dan kelemahan untuk menjadikan kita cemerlang di masa hadapan! *sumpah ayat aku macam nak jadi minah belia la pulak*
Punyalah semangat aku tengok sampai jerit jerit tak ingat dunia lah. aku memang minat bola tapi bola yang melibatkan TEAM MALAYSIA je lah. kalau luar negara ni harap maklum je lah aku tak minat sebab aku susah nak ingat nama + muka dorang. sorry to say la ye :D HEHE tapi aku teringin lah pulak nak tengok secara LIVE kat STADIUM mesti gempak kan? nanti boleh buat ombaks ombaks yang macam dorang buat dalam TV tu? okay sumpah aku jakuns sangat!
Walaupun KALAH aku tetap berbangga dengan pasukan bola negara kita yang menunjukkan kesungguhan dan ketahanan mereka dalam mempertahankan pasukan kita. itu adalah semangat yang harus diteruskan dan dipertingkatkan olah para pemain negara kita. kalau dibandingkan antara pasukan kita dengan pasukan SINGAPORE tadi aku rasa aku sebagai penyokong HARIMAU MALAYA tak perlu merasa malu atau rendah diri sebab yang mewakili negara kita adalah ANAK TEMPATAN kita sendiri. bangga sangat rasanya.
SYABAS HARIMAU MALAYA!
Walaupun aku bukan PENGANALISIS SUKAN tapi aku tetap jugak nak COMMENT corak dan gaya perlawanan mereka tadi.seriously berdasarkan GAME tadi yang aku tengok, pujian sememangnya harus diberikan kepada PENJAGA GOL kita tak lain tak bukan MR. KHAIRUL FAHMI CHE MAT kerana berjaya mempertahankan pintu gol kita dari dibolosi oleh pemain pemain SINGAPORE. bila aku lihat tadi itu bukanlah suatu kerja yang senang. bayangkan bertubi tubi asakan diberikan oleh pemain SINGAPORE terutama QIU LI tapi beliau tetap berusaha mempertahankan pintu GOL dari dibolosi kumpulan musuh. Walaupun sekarang ni ada GOSSIPS hangat yang melanda beliau tetapi beliau tetap memberikan persembahan yang terbaik. korang mesti ada yang dah tahu kan gossip ape? kalau tak tahu sila GOOGLE sendiri okay!
Next,aku rasa patutnya dari perlawanan pusingan pertama lagi dia patut diturunkan. agak agaknya kalau dia lah yang jaga pintu GOL kita masa match round pertama kat singapore tu mesti SINGAPORE tak dapat nak achieve 5 GOL kan? korang pun rasa macam tu jugak kan? haish benda dah nak jadi so kita pon tak boleh lah nak cakap banyak sangat. oh ye tak lupa jugak untuk SAFEE SALI yang menjaringkan GOL untuk MALAYSIA. bagus safee teruskan lagi usaha anda!You guys really did a GOOD JOB! pemain yang lain pon apa kurangnya, tapi yang lain tu perlu lebih AGGRESSIVE lah ye. main perlu pantas jangan gopoh gapah. ikut strategi yang disuruh oleh COACH.kadang kadang bila teruja sangat pon ini akan menyebabkan dorang HILANG FOCUS. kita pun tak leh la nak bergantung harap pada KFCM dengan SS je ye? aku rasa DATUK K. RAJAGOBAL should do something to improves the QUALITY of our PLAYERS! ingat yea QUALITY itu sangat penting kalau kita nak berjaya.
Bercakap mengenai pasukan lawan pulak, THE RED LION or THE RED LIAR, mulut aku memang menyumpah nyumpah tengok aksi DRAMA dorang tadi. tak habes habes nak berDRAMA sakit bagai lah. tak kena body CONTACT pun dah guling macam sakit nak MATI. entah apa apa entah. memang KING of DRAMA betol lah dorang. lepas ni sapa nak SIGN contract pelakon terhebat boleh panggil dorang sebab dorang memang superb abes bab ACTING ni.confirm film korang laku punyaaaa! mungkin tu strategi dorang kot nak melambatkan masa. haish dorang punya COACH ko yang nak jadi pengarah sampai kan anak buah dia di suruh jadi ACTOR pulak kat MALAYSIA nih. malang betol nasib mereka sebab PENGADIL pun tak nak tengok hasil lakonan dorang yang tak bermutu tu. kesian sangat lah!
tapi tengah tengah syok tengok THE RED LIAR buat drama tersedak sekejap bila tengok ada peyokong kita yang main LASER kat PENJAGA GOL SINGAPORE yang pendeks tu. please lah MALAYSIAN!
"Support your team, not degrade your country's reputation", bak kata Anwar Hadi dalam laman TWITTER INIANWARHADI nya.
Okaylah,mata aku pun dah tak larat nak buat entry panjang panjang hari ni. berhenti setakat sini nanti ada masa terbuang aku sambung lagi dengan entry yang berikutnya :D
KEPUTUSAN PERLAWANAN
MALAYSIA vs SINGAPORE
4 - 6
MALAYSIA vs SINGAPORE
4 - 6
sebelum aku nak OUT aku nak cakap sepanjang aku tengok bola tadi mata aku asyik nak usha pemain malaysia yang berjersi biru no pendaftaran 21 je! hehehe macam HOT je wey rambut dia warna perang ke putih tu.aku pun confuse warna apa oh. HAHA tak kesah la warna apa pun. bila aku buat research tadi rupanya beliau pemain bola SELANGOR sapa lagi kalau bukan AMIRUL HADI ZAINAL! :D
2 comments:
drama queen betol!huh! geram je ms tengok...sy pegi stadium..gile gempak! yes2! rmbut pelik mmg menarik perhatian :)
wow syoknya dapat gi stadium.sure lg meluat kan tengok drama dorang kat sana HAHAHA
Post a Comment