My photo
Everything I'm not,made me who I am.I'm wearing kaca mata to see LIFE. I'm also a daughter and a student.being a twenty is not easy as you think!this is my blog so it follows my rules! sila pakai kaca mata hitam anda bila lawat ini blog ;D sekiranya anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan dan jalan cerita yg terkandung dalam blog ini sila tekan kotak X yg berwarna merah disebelah atas kanan anda. dan jika ada mahu jadi FOLLOWER saya sila scroll sampai bawah ye.ini bukan ugutan tapi amaran! segala kerjasama adalah amat dihargai ;D

Friday, June 24, 2011

198.bertengkar?bergaduh?berselisih faham?

hye peeps ;P

okay tadi time aku tengah termenung sambil mulut aku ni ternganga aku dapat idea nak tulis untuk entry kali ni. korang pernah tak BERGADUH? BERTENGKAR? SELISIH FAHAM? mesti pernah kan?tak kira la kejap ke lama ke.mesti semua orang ada experience itu.aku pun ada.banyak la jugak.tapi takde lah aku ingat semua peristiwa tu.ada yang aku ingat dan aku takleh nak lupakan situasi tersebut sampai sekarang mungkin sampai bila bila kot.

okaylah, aku nak gak share ngan korang kisah kisah bergaduh bertengkar and maybe selisih faham yang masih melekat kat memory card otak aku ni;

  1. korang pernah kena tampar tak dengan manusia yang opposite gender ngan korang? e.g: la aku ni kan pompuan kena tampar dengan manusia yang berjantina lelaki. so pernah tak? untuk pengetahuan korang aku dengan bangga nya aku pernah okay ;) *dalam hati masih terbayang wajah LELAKI yang pernah tampar aku tu* kejadian ni sebenarnya dah lama dah.tapi aku takkan pernah lupa sebab itu yang pertama kalinya ada orang berani tampar aku! masa tu umur aku darjah empat ke lima *either one la sb aku lupa umur aku time tu*. aku on d way nak g sekolah agama petang tu.dulu aku g sekolah agama aku naik bas so kejadian tersebut terjadi masa aku dalam bas lah. ada la sorang mamat ni aku pun tak tau reason dia tampar aku padahal aku tak cari gadoh pun ngan dia.buang masa je aku cari gadoh ngan dia sb aku tak kenal kau pun lah.yang pasti dia lagi tua dr aku dan bukan satu sekolah agama ngan aku. nasib baik kalau tak memang kau cari nahas sb aku akan TAMPAR kau balik! HAHA ganas tak? tapi teringin jugak nak jumpa MAMAT tu sekarang ;) okay sumpah menggong aku nih.


  2. aku dah maafkan mamat tu pon.tapi kadang kadang geram jugak oh. haish -.-

  3. okay next story pulak -.-' actually kali ni pergaduhan mulut antara kakak aku ngan abang aku tapi punca dorang gaduh apa lagi kalau bukan aku lah :) cerita dia macam ni sebenarnya- abang aku baru beli fon dengan duit gaji dia.satu petang tu aku main game dalam fon dia time dia tido. bila dia bangun aku terus lah stop main then dia check fon dia tiba tiba fon tu rosak la pulak! adessh mati aku wei ;| aku pun terus lah pecut lari dalam bilik nyorok bawah katil sb gigil ketakutan sambil dalam HATI aku cakap HELP! HELP! HELP!.okay lawak gile situasi aku time tu.. then abang aku apa lagi marah satu dunia lah. kakak aku pun apa lagi daa dia pun BACKUP aku la. hebat tak aku? ada orang BACKUP lagi. hehe tapi serius mmg aku rasa nyawa aku kat hujung tahi hidung je time tu. tapi benda tu terus settle lpas mama ngan abah ada :)

  4. jangan marah marah ye UDA!takpe sure kau dah lupa benda ni ;D

  5. next, oh yea cerita kali ni bukannya aku bergaduh ke apa ke tapi sebenarnya aku saja je bg kawan aku cuak -.- jahat tak aku? aku buat buat aku marah ngan dia padahal tak pon. tapi yang kelakarnya dia smpai bg CARD KECIL kat aku supaya aku tak marah lagi. hei kawan aku masih simpan lagi CARD yang kau bg tu. mesti kau tak percaya kan? HAHA sumpah aku GELAK baca apa yang kau tulis tu :)

    tak sangka aku wei gadoh gadoh boleh dapat CARD :)


  6. yang ni pulak kes aku bertekak mulut ngan girlfren aku si kecik molek EYCAH :) kitorang bertekak dalam kelas sb benda kecik je wei. masa tu tahu kitorang SPM :) dalam kelas mathematic memang semua orang akan focus buat latihan mathematic yang cikgu ROZITA ajar. memang cara dia best buat semua orang rajin time math :) so satu hari tu aku betekak ngan EYCAH sebab kitorang rasa jalan kira masing masing yang BETUL. sampai menitis lah air mata masing masing sebab teruja kan HAHA yang lain tengok pun semacam. okay mmg GEMPAR satu kelas bila aku dah berdrama ;)

    eycah laling! I'M SORRY okay dear :) aku takkan lupakan time tu. kelakar bila pikir balik kan?

cukup lah tu je yang aku kongsi kat sini.sebenarnya banyak lagi tapi penat la pulak jari aku ni mengetuk ngetuk papan keyboard ni.jap lagi nak tengok MAHARAJA LAWAK. sapa lah yang menang kan? tak sabar nak gelak sampai PUTUS URAT USUS aku =P



jumpa lagi next entry ;D

No comments: