My photo
Everything I'm not,made me who I am.I'm wearing kaca mata to see LIFE. I'm also a daughter and a student.being a twenty is not easy as you think!this is my blog so it follows my rules! sila pakai kaca mata hitam anda bila lawat ini blog ;D sekiranya anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan dan jalan cerita yg terkandung dalam blog ini sila tekan kotak X yg berwarna merah disebelah atas kanan anda. dan jika ada mahu jadi FOLLOWER saya sila scroll sampai bawah ye.ini bukan ugutan tapi amaran! segala kerjasama adalah amat dihargai ;D

Sunday, February 20, 2011

bilaakumeluahkanrasahatimelaluibelog!

haish apa la masalah aku ni siap kali aku nak start tulis blog je mesti aku tak reti nak mengarang ayat permulaan!
ini mesti sb dan akibat aku MAGGIE tadi nih
*for the first semenjak aku menjejakkan kaki di shah alam aku makan maggie weh!*

ok lah kita sambung kepada apa yang aku nak cerita sebenarnya kali ini
aku tak tau kenapa mengapa dan bagaimana ini semua boleh terjadi
*haish dah start dah ayat DRAMA dia*

seriously orang mmg nampak aku HAPPY je mcm org tarak masalah kan??
tapi tu pun bg orang yg kenal aku siapa lah.
maybe bg orang yg tak kenal aku ni mesti dorg kata aku ni sombong lah itu lah inilah apa apa ajalah tapi aku tak kisah pun sb korang tak kenal aku lagi..
kalau nak tau aku orang yg mcm mana sila sila lah tegur aku.
sb kadang kadang aku ni bukannya tak reti nak senyum tapi masalahnya selalu kalau aku senyum mesti aku dapat feedback yg kurang memuaskan hati
disebabkan itulah aku menjadi seorang yg kedekut dgn seyuman HAHA
*boleh ek macam tu?*

tapi kadang kadang aku jugak buat tak tahu kalau orang tegur aku
hal ini bukan lah disengajakan tapi aku mmg tak perasan bila orang tegur aku time time aku tak pakai KACA MATA aku tuh!
lain kali kalo aku tak pakai kacamata ajaib aku tuh korang datangla depan depan aku ye kalau nak tegur!
so korang jgn la terasa ye kalau aku tak bg feedback yg sepatutnya bila korang tegur aku!
apa yg pasti kalau korang tegur aku mesti aku bg feedback yg positif lah!
*teringat lagi masa sekolah rendah yg cikgu kata kalau zafira ni SEBATU boleh dengar dah suara dia!*

oh ye bercakap mengenai topik dan tajuk ini
disini saya nak nyatakan ketidakpuasan hati saya terhadap seorang makhluk tuhan yg paling seksi! oh seksi ke beliau?? dr segi KACA MATA saya beliau tidak seksi pon! tapi tak tau la kalau org lain kata beliau chantek kan..
bukannya apa saya cuma tidak berkenan dan pelik dgn cara beliau
siapakah gerangan manusia yg bertuah tu?

oh tidak perlu lah saya nak bgtau kat sini
biarlah saya memberi nama JOYAH kepada beliau senang sikit nak cerita kan
tapi ada jugak nama nickname lain yg diberi kpada beliau iaitu "BM"
hah apakah BM itu?? BM stands for what??
oh biarlah aku je yg tau HAHA

siapa yg tak pelik kan kalau saya yg berjantina perempuan sama seperti beliau ni SENYUM IKHLAS kat beliau tapi beliau pandang balik mcm tak puas hati je!
bukannya sekali tapi dah berkali kali kot!
sumpah lepas ni taknak senyum lagi kat dia :'(
*oh sedih nya dalam hati bila kita senyum orang tak senyum balik rasa mcm nak campak je orang tu jauh jauh smpi planet pluto! masalahnya larat ke aku? haha *

yg heran bin ajaib bin peliknya dgnlaki boleh lak kau bergurau bermanja senyum senyum gatal! yg sama jantina ngn kau ni kau taknak pulak senyum! maybe aku tak sesuai kot nak kawan ngn dia
takpelah lantaklah aku tak kesah pon kerana aku mengamalkan sikap terbuka
siapa nak kawan ngn aku u're almost welcome tapi sapa yg taknak kawan ngn aku just GO TO HELL la dear :)
*agak ganas ayat aku tuh!*

okay boring la pulak cerita pasal JOYAH BINTI JENGLOT ni kan?
yeeee mmg boring pon!

okay next story apa aku nak cerita pulak ye?
*idea idea idea where are you haa?*
i'm hereee! ngeeee

bila aku tengok kat calender yg ditampal oleh kak ina di belakang bilik kamu ni baru aku sedar rupa rupanya dah nak abes bulan 2 dah! kejap je rasanya dah nak msuk bulan 3 aku kat sini.
jujur sejujurnya aku tak tau apa yg aku blaja sebenarnya especially subject ADS!
*sambil layan lagu JUJUR by RADJA*
sumpah nak nangis mcm orang putus cinta yg teramat je bila aku bukak buku ADS aku tuh!

sumpahakutakpahamlangsungjeapayanglecturertucakapmengajarakuhanyataumenganggukjemcmpatungbonekawalhalakutakpahamsatupun!

tambah lagi bila aku bukak satu persatu buku subject yg aku belajar sem satu ni petang tadi
macam nak buat kenduri arwah je rasanya wei!
*terima kasih kat mr barney aku yg warna purple ni ha sb tadi beliau merelakan diri beliau untuk dibelasah dipenyek dilunyaikan dan ditendang aku akibat stress yg melampau tadi! haha*
kesian dia wei dah berapa tahun ni asyik aku lunyaikan je time time waktu tido je tau tau dah bawah katil je dia sb aku mmg suka bg freekick malam malam kat dia
tapi nak wat mcm mane kau je lah satu satunya tempat aku mlepaskan segala tekanan perasan *tekanan perasaan ke? hmm ntahla*

mcm mana ek nak selesaikan masalah belajar ni
haish buntu betul pikir masalah ni dr sekolah menengah dulu!
dah la aku ni malas membaca apa lagi la nak pegang buku mmg haram kesudah la kan
esok nak test arini baru baca buku even final exam pun *itu mmg dah STYLE aku*
bertambah malangnya nasib diri ni aku ni sb aku bukan lah seorang yg bijak cerdik pandai mcm kawan kawan yg lain


haish dunia dunia
mmg penuh dengan masalah bukan masalhbelajar je lepas satu satu masalah yg timbul
takpelah mungkin semua ini ujian dan dugaan kan sebagai seorang mahasiswa
*ceyh bajet jd PENCERAMAH MOTIVAI je aku ni padahal tak layak sungguh jadi PENCERAMAH MOTIBASI boleh la*
sejujur jujur nya aku mmg memerlukan seseorang yg aku rasa aku boleh luahkan semua masalah kat dia! huwaaaaaaaaaa tapi mcm tarak je!
*nangis tongek tongek smbil makan roti*

.end.

mood: nak makan nasi ayam penyet esok kat seksyen 7 time lunch + nak karok karok!

No comments: