My photo
Everything I'm not,made me who I am.I'm wearing kaca mata to see LIFE. I'm also a daughter and a student.being a twenty is not easy as you think!this is my blog so it follows my rules! sila pakai kaca mata hitam anda bila lawat ini blog ;D sekiranya anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan dan jalan cerita yg terkandung dalam blog ini sila tekan kotak X yg berwarna merah disebelah atas kanan anda. dan jika ada mahu jadi FOLLOWER saya sila scroll sampai bawah ye.ini bukan ugutan tapi amaran! segala kerjasama adalah amat dihargai ;D

Thursday, July 2, 2009

UiTM usaha taqwa mulia.......

Bukan histeria tetapi stres -UiTM
MARAN 1 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang menolak tanggapan bahawa 40 pelajar baru universiti itu di kampus Jengka yang dimasukkan ke hospital semalam adalah disebabkan mengalami histeria.
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Pahang, Muhammad Mohktar Samat berkata, kesemua pelajar perempuan itu sebenarnya mengalami keletihan melampau atau stres sehingga menyebabkan mereka muntah-muntah.
Beliau menjangkakan pelajar terbabit tiada masalah untuk meneruskan aktiviti yang dirancang sejak 27 Jun lalu hingga 3 Julai ini.
''Jika pelajar terbabit masih lemah, mereka boleh dikecualikan daripada mengikuti aktiviti sehingga benar-benar pulih dan sihat.
''Ibu bapa pelajar tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan anak-anak mereka kerana pihak universiti sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah yang di luar jangkaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Semalam, seramai 40 pelajar baru wanita UiTM Kampus Jengka dikejarkan ke Hospital Jengka kira-kira pukul 6 petang selepas dikatakan mengalami sesak nafas dan muntah-muntah akibat keletihan.
Dalam kejadian antara pukul 5.30 petang hingga 6 petang itu, kesemua pelajar terbabit sedang mengikuti ceramah agama sempena Minggu Mesra Siswa universiti berkenaan bermula 27 Jun hingga 3 Julai ini.
Pelajar terbabit merupakan sebahagian daripada pelajar baru yang mendaftar di universiti itu Sabtu lalu bagi mengikuti 13 kursus ditawarkan.
Muhammad Mohktar berkata, kesemua pelajar terbabit kini masih berehat selepas mendapat rawatan di hospital itu semalam.
Menurut beliau, pelajar lain akan meneruskan aktiviti yang dirancang.
''Kita tidak menolak kemungkinan mereka mengalami kejutan apabila terpaksa menjalani program yang padat sejak 27 Jun lalu," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, seramai 1,600 pelajar baru mendaftar di UiTM Pahang di sini bagi sesi pengajian 2009/2010.

No comments: