Assalamualaikum.
Apa khabar makhluk dunia? Gua macam biasa kalau minggu nak dekat FINAL memang hormon stghess gua bergerak aktif sangat. Namun gua tak kan jadikan itu sebagai satu alasan untuk gua tidak mengupdate belog gua yang tercinta ini.
Pung..Pang..Pung..Pang...
Kecoh semalam kat UiTM Shah Alam ni bila polis bantuan buat roadblock dalam UiTM which gua rasa macam "entah ape benda entah dorang buat roadblock kat dalam UiTM" maksud tersirat nye apa gila ke dorang ni? Ohhh at last aku tau jugak motif ROADBLOCK + motif pagar belakang ditutup untuk hari ini.
Ta..Ta..Ta..
Rupanya hari ni, PEJUANG MAHASISWA *tapi gua tak rasa pun dia pejuang mahasiswa* kena naik mahkamah untuk dikenakan tindakan undang undang atas kesalahan yang beliau telah buat. Mahkamah mahasiswa je pun bukan MAHKAMAH PERSEKUTUAN! *noted*
Siapa lagi kalau bukan Mr. KI!
Hanya kerana beliau sorang je bumi seksyen 2 dan seksyen 7 Shah Alam mengalami gangguan kesesakkan jalan raya yang amat luar biasa sekali. Pergh, dasyat betul penangan beliau! Tapi aku rasa macam kelakar je bila dia di jatuhkan hukuman GANTUNG 3 SEM sahaja. lah? aku ingat kan kena buang terus sebab sampai jammed jalan raya semua. kot kot la ada DEMOSTRASI kat UiTM ni pulak. Tapi kalau ada memang kena lah korang yang menyibuk kat UiTM ni ngan aku. Orang sibuk sibuk nak belajar kau nak demo pulak kat sini.
Tapi ALHAMDULILLAH takde pape berita yang serius yang aku dengar. Terima Kasih juga kat pak cik makcik Polis Bantuan yang jaga UiTM ni.. Aman kami semua nak belajar. Dah yang kena gantung nye sorg je! yang lain yang macam aku ni lebih bagus kita concentrate pada final kita je. Biarlah dia dengan perjuangan dia. Sebab aku percaya hanya dia seorang je faham apa yg dia perjuangkan dan yang pasti aku kurang berminat dengan perjuangan beliau tu. :D
Okai lah bubye. Gua mahu pergi basuh kain pulak!
No comments:
Post a Comment