My photo
Everything I'm not,made me who I am.I'm wearing kaca mata to see LIFE. I'm also a daughter and a student.being a twenty is not easy as you think!this is my blog so it follows my rules! sila pakai kaca mata hitam anda bila lawat ini blog ;D sekiranya anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan dan jalan cerita yg terkandung dalam blog ini sila tekan kotak X yg berwarna merah disebelah atas kanan anda. dan jika ada mahu jadi FOLLOWER saya sila scroll sampai bawah ye.ini bukan ugutan tapi amaran! segala kerjasama adalah amat dihargai ;D

Friday, September 16, 2011

226. SELAMAT HARI RAYA!

Assalamualaikum!!

sebelum terlambat sebelum aku membebel dengan panjang lebarnya sebelum aku bermulut puaka sebelum aku berkata apa apa aku nak ucapkan kepada semua rakyat malaysia, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! maaf zahir dan batin aku pohon kepada semua manusia yang pernah mengenali aku selama hampir 20 tahun hidup di muka bumi ini. oh yea tak lupa jugak SELAMAT HARI MALAYSIA kepada semua rakyat malaysia tak kiralah ada penyokong kerajaan, penyokong pembangkang, suka warna merah! suka warna kuning! atau suka warna warni! okay sumpah aku tiru ayat MAT LUTHFI je tu. tak payah nak gediks sangatlah!

aku mintak maaf lah sebab aku agak merapu sikit malam ni akibat dah hampir sebulan aku tak update belog sesawang aku yang penuh dengan sawang ni. Aku memang nak update belog aku ni tapi malangnya sebab OTAK aku jadi tepu effect daripada cuti EMPAT BULAN. tu lah sape suruh bagi aku cuti EMPAT BULAN hah? lain kali bagi cuti SETAHUN terus kan lebih bagus begitu? apa kau ingat UiTM tu bapak kau punya?? okay kene setepek -.-

oh ye people, for your information aku baru mendaftar kan diri aku untuk semester kedua di USA *pergi GOOGLE sendiri USA tu apa* Alhamdulillah, everything run smoothly. so untuk semester kedua ni aku masih mendapat kemudahan kolej lagi.kolej mana lagi kalau bukan kolej MELATI yang tercinta lah! thanks MELATI tapi kenapa kau campak aku kat tingkat 6 hah?? tinggi kot dah la kena naik LIF yang dah berusia tu.haish memang saja je nak bagi aku cuak kan! takpe takpe aku sahut cabaran itu :D walau apa pun aku tersangatlah bersyukur.tapi tak tau lah next sem aku still berpeluang atau tidak untuk menetap di MELATI.harap dapat lah lagi. I got a new roomate named kak symah! kak symah ni satu course dengan aku but different class.kira okaylah tu dapat kawan yang sama course senang lah nanti kalau ada pape.

itu kisah kolej sekarang kisah CLASS aku sem ni pulak. memang speechless lah kalau korang suruh aku comment pasal schedule aku for this sem. memang best sangat sebab hari JUMAAT I got no class!! what?? no class? yeaaaahhh lompat kanak kanak ribena. banyak lah ko best ko check balik jadual ko cer tengok yang hari isnin sampai ari khamis terbaik tak? memang terbaik sangat sangatlah sebab nak cari masa untuk kentot pun tak sempat wei! walaupun agak keterlaluan tapi itulah kenyataan nya. bak kata pepatah kenyataan tu kadang kadang agak menyakitkan.erk ada ke pepatah begitu?? oh perosak bahasa bangsa betol aku ni kan? tapi seriously lah aku cakap,baru seminggu pon rasanya aku dah penat tahap tak leh nak angkat kaki bila bangun tidur.cubalah korang bayangkan kepayahan dan keperitan hidup seorang pelajar macam aku ni. So anda anda diluar sana perlu RESPECT juga pelajar macam kami ni walaupun kami hanya PELAJAR tapi kami pun penat berusaha dalam mencapai IMPIAN dan MATLAMAT kami! *ceyh macam ye ye je aku ni* tapi betul kan apa yang aku kata PELAJAR juga harus di RESPECT dan buanglah persepsi masyarakat yang menganggap kami sebagai budak HINGUSAN!

aku rasa setakat ni je kot untuk masa ni. Insyaallah aku akan rajinsikit UPDATE blog aku ni memandangkan aku akan selalu on9 memandangkan dekat USA ni takde life :D

mulut tu kalau tak puaka sangat boleh tak?
aku tak kacau kau,kau jangan kacau aku!
aku benci orang yang mulut puaka ni,
sebelum cakap orang pergi beli cermin
pastu tengok cermin tu diri kau macam mana!
*jangan ingat aku diam aku bodoh okay!*

1 comment:

Blog Eazy Izzuddin said...

tak lambat lagi nak ucap selamat hari raya !
hik2
xD

Jom Join MyContest =) : Contest Annouced! Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin ?!