My photo
Everything I'm not,made me who I am.I'm wearing kaca mata to see LIFE. I'm also a daughter and a student.being a twenty is not easy as you think!this is my blog so it follows my rules! sila pakai kaca mata hitam anda bila lawat ini blog ;D sekiranya anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan dan jalan cerita yg terkandung dalam blog ini sila tekan kotak X yg berwarna merah disebelah atas kanan anda. dan jika ada mahu jadi FOLLOWER saya sila scroll sampai bawah ye.ini bukan ugutan tapi amaran! segala kerjasama adalah amat dihargai ;D

Friday, August 19, 2011

225. mom's cooking

Assalamualaikum dan salam 18 ramadhan!

How does my mom show her love for us?
Not through words but through her cooking. Somehow the meals taste great because it's mom's cooking.

Her secret ingredient?
Love. And we feel blessed to have her cooked for us.

Aku sangatlah bersuju dengan QUOTES yang dinyatakan di atas.memang benarlah apa yang dikatakan oleh QUOTES tu. Actually masa berbuka tadi aku sangatlah teruja melantak makanan yang dimasak oleh mama ku :D agak jarang jarang sekali aku dapat makan masakan mama aku lately ni. biasalah bila dah belajar kat tempat orang, jauh pulak dari rumah memang payahla aku nak merasa air tangan mama ku.Walaupun aku bercuti selama EMPAT BULAN tapi aku still boleh hitung dengan jari aku berapa kali je mama masak untuk aku.

Sememangnya aku agak kecewa sebab mama dah jarang masak.Tapi disebabkan oleh faktor faktor yang tak dapat dibendung terutama sekali faktor usia menyebabkan mama aku memilih untuk membeli saja lauk yang dah siap. Aku redha je la walaupun dalam hati memberontak "MAMA,ADIK NAK MAMA MASAK!".okay saja je buat drama sebabak disini. Bukannya apa pon, tapi time bercuti bergini lah yang aku rasa the best time untuk aku melantak masakan yang mama aku masak sepuas-puasnya.nanti dah abes cuti nanti memang mimpi disiang hari lah yang aku dapat makan makanan yang super duper SEDAP macam mama masak!.

Korang just imagine je lah, dah masuk 18 RAMADHAN ni baru dua tiga hari ni mama masak sendiri lauk kat umah.Hari yang selebihnya apa lagi membeli dan menunjuk nunjuk sajalah di BAZAR RAMADHAN. Selera tekak aku pun dah naik muak bila memandangkan segala LAUK PAUK yang disajikan di BAZAR RAMADHAN. Selalu kalau bab bab makanan ni aku semangat je untuk menjawab tapi bila pergi BAZAR RAMADHAN dengan mama kali ini aku boleh jawab "suka atilah mama nak beli ape.Adik tak kesah pun". First time ever wei bila orang tanye aku nak makan ape aku jawab macam tu.

Teringat pulak aku time dulu dulu, time tu hingus meleleh lagi kat hidung bila orang cakap kemana pun kau pergi nanti MASAKAN MAK kau jugak yang kau cari.Tapi masa tu aku agak blur blur lagi so aku tak endahkan pun apa yang orang cakap. Asyik asyik nak makan luar je. Tapi sekarang amik kau! Bila dah merantau di tempat orang jauh dari rumah baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah. Setiap kali memborong makanan di kedai makanan mesti akan compare kan dengan masakan mama. Kalaulah mama yang masak ni....Kalau lah mama yang goreng ni...Kalaulah mama yang buat ni... banyak sangat persoalannya dulu tak nak bersyukur tapi bila dah jauh dari rumah memang PADAN MUKA lah kan.

Secara JUJUR nya kalau mama aku masak SARDIN pun aku dah rasa puas sangat rasanya. Rasa-rasa nya sama je bahan yang mama aku guna nak masak SARDIN macam orang lain tapi entah kenapa lha masakan mama yang paling SUPERB sekali. itulah kan air tangan ibu ni memang lain rasanya. So, bila memikirkan ada lebih kurang 3 MINGGU je lagi yang aku akan naik cuti semula. Oh damn it! makanan kat DC tak sedap lah. mahal pulak tu! Oleh disebabkan kekecewaan aku nanti, aku telah memberi AMARAN kepada mama aku untuk masak selama lebih kurang 3 MINGGU ni! perghhh kejam gila aku ni kan? Oh tidak sebab mama aku pun berkongsi pendapat dengan otak aku ni. ^.^

I feel blessed to have mama cooked for me. Alhamdulillah,sebab mama saja yang tahu selera makan aku. Aku ni boleh dikatakan agak CEREWET dalam proses memilih MAKANAN ;)

-GAMBAR SEKADAR HIASAN-

menu iftar for today
ketam masak lemak+daging masak kicap
+
cekodok kurma!
*pelikslah aku KURMA tak makan tapi CEKODOK KURMA laju je aku kunyah!*


aku tak reti memasaklah!
sumpah malu >.<

1 comment:

MiZi said...

selamat hari raya

http://www.contengcorner.com/2011/09/korban-demi-dia.html