My photo
Everything I'm not,made me who I am.I'm wearing kaca mata to see LIFE. I'm also a daughter and a student.being a twenty is not easy as you think!this is my blog so it follows my rules! sila pakai kaca mata hitam anda bila lawat ini blog ;D sekiranya anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan dan jalan cerita yg terkandung dalam blog ini sila tekan kotak X yg berwarna merah disebelah atas kanan anda. dan jika ada mahu jadi FOLLOWER saya sila scroll sampai bawah ye.ini bukan ugutan tapi amaran! segala kerjasama adalah amat dihargai ;D

Tuesday, July 26, 2011

217.entry sentap!

Assalamualaikum!

kesedihan mula melanda aku di pagi hari. tidak perlu menyesakkan kepala korang apa yang menyebabkan aku bersedih. biar je aku cakap yang aku GAGAL ujian JPJ! yes aku tak tipu lu orang lah. memang aku failed BAHAGIAN II iaitu bahagian bukit! menitis air mata dara aku ni bila kereta aku mengundur tadi. tapi muka maintain cool lagi walaupun muka aku banyak jerawat. tapi takpe lah aku harus tabah untuk meneruskan perjuangan aku dalam BAHAGIAN III. alhamdulillah, BAHAGIAN III part jalan raya aku LULUS. aku akan ambik balik test JPJ BAHAGIAN II sahaja, insyaallah dalam dua minggu lagi.

Actually aku bukan nak bercerita mengenai KEGAGALAN aku. mungkin takde rezeki kot lagipun first time. Learn from your mistake okay fira! aku sebenarnya nak bercerita mengenai pegawai pegawai JPJ yang orang selalu kaitkan mereka dengan sikap mereka yang GARANG + BENGIS! betul ke semua PEGAWAI JPJ macam tu? mula mula aku pun berfikiran begitu jugak. dalam otak aku cakap mesti dorang ni GARANG gila lah! tengok cara dorang paggil CALON pun muka memang GANAS tak ingat dunia.

ternyata semua sangkaan aku itu hanya lah mainan fikiran dan minda je. bila aku berdepan dengan mereka tadi baru aku tahu mereka pun manusia macam kita juga. kalau kita bersikap baik dengan dorang, insyaallah dorang pun OKAY dengan kita. bermula dengan PEGAWAI JPJ yang aku daftar tadi, seorang lelaki dan peramah orangnya walaupun muka GANAS gila. sempat lah bersembang jugak dengan aku.

NEXT, pegawai JPJ yang ke-2 merupakan JPJ yang jaga aku di BUKIT *tempat aku GAGAL* muka GARANG gila sangat bhai! tapi bila aku amik borang tadi lepas aku gagal kat dia sempat dia ajak aku sembang lagi. masalahnya masa kami sembang tu banyak lagi kot yang beratur tunggu giliran nak naik bukit. lagi satu hal time ktorang sembang tu muka dia pandang aku tak tulis apa pun kat kertas aku.agaknya tak sampai hati kot nak GAGAL kan aku.tapi kesalahan aku memang obvious sangat so beliau tak dapat lah nak tolong :D tak pe pak cik mungkin bukan rezeki saya disitu ;D

bila dah GAGAL kat bukit. aku pun kecewa sangat sangat macam orang tak cukup makanan nak makan. sedih sangat membuatkan aku punya MOOD jatuh merundum macam harga saham kat BURSA SAHAM tu! grrrrrr. nak nangis OVER sangat pon tak boleh sebab ramai kot CALON CALON lain kat situ! So, aku TAWAKAL je lah malas nak fikir. kalau GAGAL pon sama jugak kan tetap kena bayaran yang sama.

So bila nombor aku di panggil untuk UJIAN BAHAGIAN III pulak aku terus sakit jantung. cepat sangat lah rasanya tak panas bontot aku duduk untuk meratapi kegagalan aku tadi. And SHIT lah! Guess WHAT? aku dapat JALAN B? OO MM GG!

"Are you kidding me, PAK CIK?".
"PAK CIK tau tak jalan ni jalan yang paling susah tak ingat dunia! pak cik ke yang bagi jalan ni?".
*tak sempat nak buat DRAMA depan orang ramai tadi* HAHA
Oh, JPJ rupanya yang tentukan! haishhh mati lah aku. memang nampak perkataan GAGAL je dalam kepala otak aku nih.

Tiba lah saat yang dinanti nantikan. kereta huruf “C” muncul didepan aku.kalau korang nak tahu tadi ada 4 kereta untuk ujian BAHAGIAN III. Setiap 4 kereta tu dilabelkan dengan huruf A, B, C, dan D. and I got “C” people! Bila tengok dalam kereta, OH MAK KAU! Pegawai JPJ PEREMPUAN tu weyh! Hebat sungguh lah dugaan aku kali ni. Seperti biasa masuk kereta aku terus menjadi anak dara paling sopan santun dalam muka bumi ini. Mulut kena lah manis and muka kena CONFIDENCE kan? Kalau tak hancuss masa depan aku lah. Tak sanggup lagi dah nak GAGAL lagi.

Okay berbalik pada pegawai JPJ perempuan tadi beliau merupakan seorang gadis India. Baik orangnya muka pun cantik. Namanya PUSPA kalo tak silap aku. Mula mula aku panggil beliau PUAN *formal sikit lah* then sembang punya sembang terus panggil akak je lah.mula mula tu aku ingat kan beliau ni pendiam orangnya. Tapi at last dia ajak aku sembang. Aku pun ikut lah pesan PAK CIK yang ajar memandu tu cakap kalau JPJ ajak sembang layan je. Insyaallah, mudah mudahan sejuk hati dia nak LULUS kan nanti. Apa lagi guna je peluang yang ada. Jangan sombong sombong lah. Tak ke mana pun kalau sombong.

Itulah sebenarnya aku nak cerita kat entry hari ini. Walaupun aku GAGAL tapi at least ada jugak benda yang aku belajar. So people out there, aku nak ingatkan korang jangan lah berperasangka buruk terhadap PEGAWAI PEGAWAI JPJ di luar sana. Mungkin YA, ada antara mereka yang tersangatlah GARANG orangnya. Tapi mereka hanya lah menjalankan tugas mereka sahaja sebab dah memang tugas diorang begitu.

special thanks to all the JPJ OFFICER who observing me when the test took place.

Berhubung dengan perkara di atas, aku nak SHARE dengan korang video tentang topic MATLUTHFI “JUDGEMENTAL”. Aku rasa ada kaitannya dengan perkara yang aku tulis tu kan? kalau tak de kaitan pon aku tetap nak letak jugak video ni! sebab video ni kelakar sangat. tak percaya try PLAY lah!




STOP BEING JUDGEMENTAL!
*oh memang nak membodek JPJ kan aku ni*



entry yang agak panjang hari ni tak macam semalam.
anyway,hari ni merupakan hari yang penuh dengan cabaran!
be strong GIRL, ingat yang menangis tidak akan menyelesaikan masalah!

2 comments:

norshila ibrahim said...

sy pun pnh GAGAL jgk..
time parking ja..mmg tension gila time tu...waktu latihan ok ja, mai nk test,apa pun x boleh..

btw, gud luck in ur 2nd test

japilla said...

yeah memang ramai GAGAL bahagian II tu.takpe redha je lah kan. anyway thanks ye :D