SINGLE IS SIMPLE AND COUPLE IS TROUBLE!
sambil membetulkan KACA MATA usang aku ni, eh betul ke apa yang aku baca ni. btol lah tu apa yang kau nampak memang ASHRAF JALIL buat segmen SINGLE VS COUPLE. topic yang aku rasa semua orang teruja sambil terkinja kinja nak join macam aku. HAHA
memang tersangatlah intresting kalo bercakap pasal topic SINGLE and COUPLE ni.even budak budak tadika zaman sekarang pon dah tau lah apa COUPLE and SINGLE.kadang kadang dorang lagi expert.tak percaya? korang pergi sekolah tadika interview sendiri budak budak tu :D
okay malas nak membebel panjang panjang so kita bebel pendek pendek je.hah SINGLE or COUPLE? yang mana satu pilahan kalbu? of course lah SINGLE :) kenapa ye? sebab currently I'm SINGLE and AVAILABLE.itu pun nak tanya kah. HEHE
so now kita akan membicarakan "apa yang bestnya SINGLE ni?" dari KACA MATA aku.dan apa yang pasti, segala apa hujah hujah disini adalah berdasarkan pengalaman aku membuat EKSPERIMEN secara percuma terhadap kawan kawan di sekeliling aku :)
"apa yang bestnya SINGLE ni?"..
- EMOSI STABIL secara mentally dan physically emosi korang akan stabil bila korang SINGLE.kalau korang tak percaya korang boleh buat PEMERHATIAN secara percuma kat kawan kawan korang yang SINGLE mahupun COUPLE.korang pun boleh buat PEMERHATIAN kat diri korang sendiri.kalau korang perasan lah kan orang yang COUPLE ni akan selalu je moody. kadang kadang without a solid reason je dorang hangin satu badan.entah angin monsun dari mana yang datang serang dorang secara tiba tiba.kalau tanya dorang mesti cakap dorang ada problem ngan partner dorang. ini adalah situasi yang aku paling benci kadang kadang menyumpah juga.yelah mana aku tak benci, sebab orang lain cari pasal sampai kita pun kena tempias sekali. so KAWAN KAWAN kalau korang ada problem ke BERGADOH ke with your partner jangan libatkan sekali orang orang disekeliling kalian ye.kesian kami yang tak bersalah ni.tengok macam kami yang SINGLE ni, HEHE emosi boleh dikatakan sentiasa STABIL.memang menipulah kalau aku katakan kami yang SINGLE ni EMOSI sentiasa STABIL kadang kadang adalah juga TAK STABIL tapi tidaklah seteruk orang yang COUPLE ni yang 24/7 ada angin pasang surutnya kan kan kan?. sekelip mata mata je mood dorang boleh berubah rubah mengikut keadaan semasa,kadang kadang tu tak sempat nak kelip mata pun dah berubah.memang dasyat sangatlaahhhh HAHA
- FREEDOM OF MOVEMENT yeah,freedom of movement merupakan salah satu kelebihan yang aku boleh katakan paling best lah wei. sangat lah tak syok bila segala gerak geri kita harus di REPORT kepada pasangan kita bila COUPLE.bg aku itu sangat merimaskan.nak pergi toilet pun nak bgtau ke? tu memanglah sangat OVER kan. sampai nak bawak bawak phone masuk sekali dalam toilet apa kes? HAHA memang tak sayang phone betol lah.tapi itulah realiti orang yang berCOUPLE ni.dah macam tak leh berpisah langsung bila fikir balik.haish cubalah contohi macam aku ni ha phone campak kat mana pun still COOL lagi,bateri phone abes pun buat selamba dek je macam takde perasaan langsunglah aku ni HAHA. kalau nak spent time ngan BESTFRIENDS pun susah sebab semua nya tak boleh.pleaselah people, give your partner some privacy. kita perlu fikir jugak yang ada benda yang mereka buat mereka mahukan sedikit privasi.haaaa tengok macam orang yang SINGLE macam saya ni, sentiasa BEBAS ke mana sahaja *bebas bebas pun perlu tahu batasannya okay?*.bukan FREEDOM of MOVEMENT je yang aku dapat tapi ALL SORTS OF FREEDOM lah bak kata MATLUTHFI.bebas berkawan dengan sesiapa sahaja tak kisah la berkawan dengan opposite gender pun.orang pun senang nak rapat dengan kita sebab sure takde siapa nak CEMBURU pun :)
- JIMAT COST hah yang ni mesti orang orang yang suka BERJIMAT ni paling suka.believe me lah,bila korang SINGLE duit korang memang JIMAT GILA sampai korang boleh jadi MENTERI KEWANGAN lah.hehe bila SINGLE korang tak perlu nak memenatkan otak korang nak fikir pasal BUDGET nak beli TOP UP tiap tiap bulan.bila perlu je korang beli.korang jugak tak perlu nak fikir fikir BUDGET nak keluar dating especially LELAKI lah kan yang perlu pikir pasal benda ni.nak bayar duit wayang?nak bayar makanan? nak bayar main bowling? nak bayar karoeke? erk banyaknyaaaaa nak spent duit untuk pergi dating sahajaaaa! itu baru sekali dating bayangkan lah dalam sebulan tu korang dating tiap tiap minggu? okay sumpah bab ni memang kesian kaum LELAKI yang terpaksa mengeluarkan DUIT dari poket dorang. kalo tak belanja nanti dianggap tak GENTLE lah pulak kan? kesian kesian. HAHA tapi nak buat macam mana CINTA punye pasal kan. tu baru keluar pergi dating,belum lagi BUDGET nak beli beli hadiah.hadiah anniversary lah.hadiah birthday lah.hadiah nak pujuk kalau si dia merajuk.pergh memang parah tahap kestabilan ekonomi korang yang berCOUPLE ni kan?.
lastly,tak kisah la SINGLE or COUPLE kedua dua nya ada PROS and CONS nya.sebenarnya it depends on the individu itself kan?.setiap orang ada pandangan dan pengalaman yang berbeza.so dont waste your time,jom share pendapat korang jugak!
kalo bab ni aku pilih SINGLE,
tapi kalo bab makan aku pilih DOUBLE!
*oh,sedapnya DOUBLE CHEESE BURGER*
tapi kalo bab makan aku pilih DOUBLE!
*oh,sedapnya DOUBLE CHEESE BURGER*
No comments:
Post a Comment