My photo
Everything I'm not,made me who I am.I'm wearing kaca mata to see LIFE. I'm also a daughter and a student.being a twenty is not easy as you think!this is my blog so it follows my rules! sila pakai kaca mata hitam anda bila lawat ini blog ;D sekiranya anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan dan jalan cerita yg terkandung dalam blog ini sila tekan kotak X yg berwarna merah disebelah atas kanan anda. dan jika ada mahu jadi FOLLOWER saya sila scroll sampai bawah ye.ini bukan ugutan tapi amaran! segala kerjasama adalah amat dihargai ;D

Saturday, July 9, 2011

208. yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran!

hello, there world :D

dah genap seminggu aku dah tak update belog kesayangan aku ni. memang rindu rasanya nak update tapi diri ini tersangat lah malas sampai na ONLINE pun aku kena fikir sepuluh kali nak online ke tak nak. teruksangat lah penyakit malas aku ni. tahap kritikal sangat dah. anyway aku malas bukan sebab apa tapi sebab aku sekarang bukannya kat KLUANG tapi lat PUTRAJAYA lah. since kak cik pindah dari PRESINT 9 ke PRESINT 15 so kitorang kena lah melawat rumah baru beliau sambil tu mem'BERSIH'kan apa yang patut :)

okay sumpah takut dengan PERKATAAN BERSIH tu.bak kata kawan aku "perkataan dah cantik tapi agak tersasar sedikit penggunaannya". aku tak nak comment apa apa mengenai isu perhimpunan BERSIH sebab aku tak layak untuk comment. tapi aku berharap perhimpunan ini janganlah sampai menyusahkan kehidupan seharian rakyat yang lain sehingga boleh menjejaskan pergerakan rakyat untuk mencari rezeki.

tadi sempat lah abang aku mengadu pada kami, dia balik keje pun sana sini roadblock. besok lagilah nak pergi kerja pun takut kena ikut jalan jauh padahal jalan yang dekat ada. tapi dek kerana perhimpunan ini semua jalan utama di KL ditutup dan menyusahkan rakyat yang lain untuk menyempurnakan tugas seharian.

tak taulah nak cakap apa.pandai pandailah korang fikir sendiri mana baik dan buruknya, lagipun rakyat MALAYSIA sekarang ni semua dah pandai pandai kan? dah boleh fikir secara matang dan bijak kan? nanti kalau bagi nasihat kata KURANG MEMBACA lah itu lah ini lah.jangan menyesal di kemudian hari sudah.dan yang paling aku takut bila rakyat sendiri yang akan jadi penjajah meragut kemerdekaan yang kita bersusah payah perolehi dulu.bersyukurlah dengan keamanan yang ada sekarang!

okaylah malas nak bebel panjang,selamat malam!

sedikit pesanan penaja;
jangan yang dikejar tak dapat,
yang dikendong berciciran :)

No comments: